salam.. dgn nama Allah yang Maha Tinggi..
seusai solat asar tadi.. saya duduk di bilik solat (Aqsa).. rase sgt tenang dgn angin yang mendinginkan.. x perlu bukak kipas pun..serius angin bertiup lembut mungkin x mmbuat diri ini sejuk, tapi cukup lah ia tidak mmbuatkan diri ini terasa panas..
angin yang bertiup lembut..
sudah cukup mendinginkan..
xperlu pun kipas angin di tekan..
matahari yang panas terik
sudah cukup memanaskan..
tidak perlu lagi kayu api di siapkan..
hujan yang turun lebat..
sudah cukup menumbuhkan tanaman..
tidak perlu lagi air dari paip untuk membasahkan..
desiran ombak menghempas pantai..
sudah cukup menenangkan..
tidak perlu lagi lagu2 menjadi sandaran..
pokok hijau yang kukuh dan besar..
sudah cukup meneduhkan..
tidak perlu lagi payung untuk perlindungan..
subhanallah..
bila angin petang itu menyapa saya..
satu benda yang 1st skali terlintas adalah ciptaan Allah yg sedia ada sgt2 cukup..
sampai ciptaan manusia secanggih mane pun tidak dapat menandingi.. =)
oleh itu..bersyukurlah...
dan berharap pada Yang Maha Mulia sahaja..
teman.. bila memandang alam semesta tidak terkesan apa2 kah kita?
jangan berhenti berfikir dan menghayati..
seorang adik akan terzalimi dalam 1 hari..
mad'u akan terabai haknya dalam 1 hari..
p/s : pijan ada sesungut elektronik..haha
in the name of Allah..the most gracious, the most merciful
baru selesai aku menyapu muka mengaminkan doa..
berteleku mengadap yang Esa,
smbil berbisik di hati istighfar kpd Allah..
sungguh aku rasa sungguh berdosa hari ni..
mereka adalah golongan tidak mengerti..
yup..belum mengerti
salah kalau aku terus mengatakan TIDAK BOLEH!
pasti mad'u ku ini menjauhkan diri..
pe yang penting adalah menyelamatkan diri sendiri,
supaya tdk di gelapkan hati..
ke tempat yg tidak patot aku jejaki..
karena dek dentuman lagu berganti lagu,
terasa gegaran seperti hari penghulu..
seluruh isi alam memuntahkan manusia yg lugu,
dan secebis dr mereka berada di depanku..
Allah..aku menyeru
kalau lah mereka tahu itu semua sia-sia,
mereka berjoget porno tidak beretika,
kalaulah mereka tahu itu semua dosa..
namun yg paling aku sesali,
dia yang paling menjaga aurat dan waktu solat,
juga turut sama terlibat..
aku menunduk ke bumi.
bagaimana orang yang solat mahu dicontohi,
dan agama ini bakal di cemari,
ape yang salah itu hnya di pandang tepi..
betapa jelek diri ini,
mahu menegakkan hukum islami,
tapi diri sendiri sangat keji.
aku pejamkan mata,kuatkan diri,
sebusuk mane pn diri, agama itu saling menasihati,
tidak aku relakan syariat itu di pandang sipi,
karena memandang diri yang masih belum suci..
hanya jejaki,
ia menjadi dosa bg dai'
Allah tolong ampuni..