Grieve Not !

no matter what barriers stand in your way, never lose sight of your goal..



 
"tidak payah..tidak payah..tidak payah"

saranan berulang kali Wardina Saffiyah






Wardina yang bercakap menerusi pengalamannya sendiri berkata dunia artis adalah dunia yang lebih banyak dipenuhi dengan keburukan daripada kebaikan dan banyak bersandarkan kepada keseronokan.

Katanya ada kalangan artis menghabiskan masa di kelab-kelab malam, mengambil dadah, minum arak dan terdedah kepada pergaulan bebas di luar batasan.

Malah katanya, budaya tidak solat dan berpuasa adalah 'standard' biasa bagi kebanyakan mereka termasuk dirinya yang merupakan kaki kelab malam satu ketika dahulu.

Mengakui yang akhlak dirinya dahulu adalah umpama Britney Spears, Wardina meminta sahabat artis yang tidak bersetuju dengan tanggapannya agar tidak cuba menafikan sesuatu yang menjadi realiti sebenar kehidupan kelompok itu.


"Tak payah nak menegakkan benang yang basah, kerana saya tahu macam mana keadaannya dalam dunia artis itu. Jadi pada saya tak payahlah nak jadikan artis-artis ini idola anda semua, tak payah, tak payah.

 [ehem..ehem..sile ambik note] 

"Nak ambil yang ciri-ciri positif sahaja boleh, tapi tak perlulah nak dijadikan idola,"  
katanya kepada hadirin dan pengunjung pusat beli belah yang sebahagian besarnya terdiri daripada para
remaja.


Wardina berkata dia bukan mahu mendabik dirinya sebagai yang terbaik tetapi dia sentiasa mendoakan kebaikan untuk dirinya kerana dia adalah contoh dan idola untuk anak-anaknya sendiri.

Katanya, apa yang merisaukan dirinya tentang kehidupan artis di Malaysia hari ini adalah apabila ada di kalangan mereka yang sering mengeluarkan kenyataan bodoh mengenai agama tetapi tiada yang menegur.


"Saya takut bila perkara salah yang artis lakukan tidak menjadi salah lagi, perkara yang salah tidak ditegur para ustaz dan ulama, artis-artis jahil dan mengeluarkan kenyataan bodoh mengenai agama. Tetapi tidak ada orang tegur, artis berbaju separuh bogel tidak ada orang tegur dan hiburan terlalu banyak dan melalaikan. Ini yang saya risau sebenarnya," katanya.

[ sgt setuju!! hiburan yg berlebihan melalaikan.. artis2 da ikut cara Barat ]


Wardina berkata dia mula tersedar akan khilaf yang dilakukan dahulu apabila ditinggalkan bekas teman lelakinya yang mahu layanan lebih daripada seorang kawan.

Kata wanita ini, walaupun ketika itu kehidupannya agak bebas tetapi dia sentiasa mengingati pesan ibu bahawa seorang perempuan hanya boleh 'disentuh' oleh suami sendiri.   

[take it serious k! bukan bersetubuh sahaja..tapi i pegang tgn u, u pegang tgn i pun xboley.. itu hak suami ]


"Satu hari selepas boyfriend saya tinggalkan saya, saya terkapai-kapai. Dia kata sayang saya tetapi saya ditinggalkan, saya tanya diri sendiri, apa saya nak buat ni? Saya ni nak jadi apa? Saya tak tahu saya nak jadi apa, saya tak tahu. 

"Setiap hari makan bangun tidur, malam pergi kelab malam, enjoy, balik rumah, itukah tujuan hidup kita? Saya terdiam dan saya cakap dekat mak saya mahu menunaikan umrah.

"Saya pergi Makkah dengan niat, Ya Allah, tolonglah bagi saya hidayah Ya Allah, saya amat memerlukan kasih daripada Allah, kalau Allah tidak sayang saya, tidak ada gunanya saya hidup. 

"Orang lain tidak sayang saya, orang lain tidak suka saya, saya tidak kisah, tapi kalau Allah tidak sayang saya, saya tidak boleh hidup," 
katanya.

[ like the quote..meremang bulu roma ]


Ketika berada di Tanah Suci Mekah, Wardina berkata, dia terpaksa membawa buku panduan solat dan bacaan doa kerana sudah lupa cara menunaikan ibadat akibat kehidupan sebelum ini.

Katanya, perubahan itu juga berlaku kerana dia berusaha mencari ilmu dan kawan yang baik yang boleh membimbingnya ke arah kebaikan.


"Selepas saya bertudung ramai yang berkata saya tidak akan menjadi popular lagi dan tidak ada yang akan mengambil saya berlakon lagi.

"Tetapi apa yang terjadi? Iklan syampu pertama di dunia yang menampilkan wanita bertudung adalah iklan saya, pertama dalam dunia.

''Kemudian iklan itu dibawa ke luar negara, sebab apa? Iklan syampu itu selepas ia dikeluarkan, jualannya berkali-kali ganda. Terkejut semua orang," ujarnya.


[ setuju! sape kate perubahan kpd Allah itu merugikan kita.. Islam x pernah menghadkan kemampuan dan bakat seseorang.. still boley cari rezeki wpun bertudung dan berubah]



 apakah tujuan hidup kita sebenarnya..?
tepuk dada..tanya iman..



p/s : yg warna ungu tu adalah komen dr saya..




3 curhat:

cool ah wardina nih dib
tsk~ betullah kalau Allah tak sayang, cemana nak hidup kat dunia ni? T____T

sama!! ad pon rasa meremang je bila baca quote yg sama...huhuhu~

rse2 cm nk bg isk je kt die..
huhu

Post a Comment

saye penyeru..

saye penyeru..
fulltime abid and khalif

mission

mission
berlari dan pas baton

bloggers.com

Followers

dibun's fans


ShoutMix chat widget